Ini berita yang baru diterima...
Satu pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia
dengan lanun-lanun Sulu di sebuah kawasan berpaya. Dalam pertempuran jam
9.15 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh empat
orang lanun Sulu, manakala seorang anggota tentera mengalami
kecederaan. Seorang kanak- kanak juga ditemui cedera berada disamping 4
mayat pengganas tersebut.
Tembakan dilepaskan oleh lanun-lanun Sulu tersebut, dan kemudian
melarikan diri ke dalam sebuah rumah penduduk tempatan. Kemudian, rumah
tersebut dibakar bagi tujuan melengah-lengahkan pasukan keselamatan
Malaysia.
Lanun-lanun Sulu yang berjaya ditembak dan dibunuh itu, tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan merupakan warga asing.
Semalam, pasukan keselamatan Malaysia telah berjaya menahan Komander
utama Jamalul Kiram III bersama-sama isterinya yang telah menjadi
talibarut dan pemberi maklumat serta perancang utama bersama-sama
Agbimuddin Kiram dalam serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu
tersebut.
Saki-baki lanun Sulu yang masih bebas, dilaporkan berada dalam keadaan
yang amat terdesak serta kebuluran. Keadaan mereka dikatakan menyerupai
pengganas komunis yang ramai mati kebuluran selepas Kerajaan British di
bawah Harold Briggs mewujudkan perkampungan baru di tanah-tanah 'pinjam'
daripada Sultan-Sultan Melayu dan kemudian mengadakan 'PUSAT MAKANAN
BERKELOMPOK' apabila tiada lagi beras yang diberikan, sebaliknya makanan
yang telah siap dimasak kepada penduduk kampung-kampung baru.
Di Filipina pula, golongan Kiram semakin kelam-kabut dan cuba untuk
mewujudkan suasana yang menyebelahi mereka. Namun berdasarkan kepada
senario yang dihidangkan, keluarga Kiram sebenarnya sangat layak menjadi
badut sarkas kalau tidak pun, pak lawak, memandangkan kebanyakan cerita
yang dikhabarkan semuanya bersifat lawak-lawak belaka terutama sekali
yang membabitkan Jacel Kiram yang perasan dia adalah seorang puteri
raja.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan